Komander sebagai jawatan tentera Komander

Sebagai contoh, seperti dalam pelbagai penempatan kecil kolonial (seperti beberapa pulau-pulau Caribbean) pemerintah garison adalah asas jawatan tertinggi, gelaran tentera Commandeur boleh digunakan sebagai ganti kepada gelaran gabenor awam, tidak seperti Kapten Mejar Portugal.

Tentera Darat British

Didalam Tentera Darat British, istilah "komander" secara rasmi digunakan kepada pegawai tanpa tauliah yang memimpin seksyen (komander seksyen), kenderaan (komander kenderaan) atau meriam (komander meriam), kepada subaltern atau Kapten memerintah platun (komander platun), atau kepada Brigedier memerintah sebuah briged (komander briged). Pegawai lain unit yang memerintah biasanya dirujuk sebagai officer commanding atau OC, Pegawai Memerintah (commanding officer atau CO), Panglima (general officer commanding atau GOC), atau Panglima Tertinggi (general officer commanding-in-chief atau GOC-C), bergantung pada pangkat dan kedudukan, walaupun istilah "komander" boleh digunakan kepada mereka secara tidak rasmi.

Didalam First Aid Nursing Yeomanry pangkat komander adalah setaraf dengan Mejar.

Belanda

Commandeur sebagai gelaran pejabat kolonial terdapat di pulau Tobago di tanah jajahan Belanda Nieuw Walcheren ('New Walcheren')

Tentera Darat New Zealand

Penggunaan istilah ini adalah serupa dengan Tentera Darat Amerika Syarikat, dengan istilah "komander" lazimnya dipakai untuk pegawai paling kanan sahaja, biasanya pada peringkat divisyen (Mejar Jeneral).

Angkatan Tentera Sepanyol dan Pengawal Awam

Didalam Tentera Darat Sepanyol, Tentera Udara Sepanyol dan Infantri Marin, istilah komander adalah terjemahan literal "comandante", setaraf Mejar Sepanyol dan Komanwel. Pengawal Awam berkongsi pangkat dengan Tentera Darat, dan pegawai memerintah garison tempatan (biasanya PTT atau seorang Leftenan, bergantung pada saiz pasukan) dipanggil sebagai "comandante de puesto" (komander pos).

Tentera Darat Amerika

Didalam Tentera Darat Amerika Syarikat, istilah "komander" secara rasminya digunakan untuk pegawai memerintah unit-unit tentera darat; seperti, komander kompeni, komander battalion, komander briged, dan sebagainya. Pada peringkat tertinggi struktur pemerintahan Angkatan Tentera Amerika Syarikat, "komander" juga merujuk kepada apa yang selalu dipanggil komander tertinggi (commander-in-chief) atau CINC, sehingga 24 Oktober 2002, walaupun istilah CINC masih digunakan dalam ucapan biasa.

Tentera Udara Amerika

Didalam Tentera Udara Amerika Syarikat, istilah "komander" (singkatan "CC" dalam simbol pejabat, iaitu "OG/CC" bagi operations group commander atau "komander grup operasi") secara rasminya digunakan untuk pegawai memerintah unit-unit tentera udara; seperti flight commander (komander flait), squadron commander (komander skuadron), group commander (komander grup), wing commander (komander wing) dan sebagainya. Dari segi pangkat, komander flait lazimnya berpangkat Leftenan atau Kapten, komander skuadron biasanya berpangkat Mejar atau Leftenan Kolonel, komander grup lazimnya berpangkat Kolonel, dan komander wing biasanya berpangkat Kolonel Kanan atau Brigedier Jeneral.